Malaysia legislation
Section 99
Seksyen 99
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya atau jawatankuasa hendaklah, apabila menerima permintaan bertulis di bawah subseksyen
(1)
, memberikan suatu salinan pernyataan mengenai alasan bagi keputusan atau arahannya kepada orang yang terkilan itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.
(3)
Apabila suatu notis rayuan telah difailkan dengan Tribunal
Rayuan di bawah subseksyen 98(1), Suruhanjaya atau jawatankuasa hendaklah, jika ia belum lagi menulis alasan bagi keputusan atau arahannya mengenai perkara yang dinyatakan dalam notis itu sebagaimana yang diminta oleh perayu di bawah subseksyen (1), merekodkan secara bertulis alasan bagi keputusan atau arahannya dan alasan bertulis itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding di hadapan Tribunal Rayuan.
Penggantungan keputusan atau arahan sementara menunggu rayuan