Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Jika Menteri memutuskan untuk memberikan lesen individu di bawah subseksyen (1), dia hendaklah—
(a)
menghendaki pemegang lesen individu itu membayar fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan;
(b)
mengenakan semua syarat lesen yang standard bagi suatu lesen individu sebagaimana yang ditetapkan; dan
(c)
mengenakan apa-apa syarat khas yang difikirkannya patut.
(3)
Keputusan Menteri untuk memberikan atau tidak memberikan lesen individu hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh
Suruhanjaya melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(4)
Notis bertulis oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (3)
hendaklah menyatakan—
(a)
dalam hal jika lesen individu diberikan, hakikat mengenai pemberian itu dan kehendak dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2); dan
(b)
dalam hal suatu keengganan untuk memberikan lesen individu, hakikat mengenai keengganan itu dan sebab bagi keengganan itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 655
Pematuhan syarat lesen individu