Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
dia meninggal dunia;
16
Undang-Undang Malaysia
Akta 656
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
dia menjadi bankrap;
(d)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e)
dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
(f)
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
(g)
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Jika mana-mana anggota yang dilantik oleh Menteri terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut seksyen 6 dan 7.
Perlindungan daripada liabiliti diri