Malaysia legislation

Section 18

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 18

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Lembaga Lada Malaysia 19

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

(4)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3).

(5)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa, bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi pada mesyuarat itu.

(6)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(8)

Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(9)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga.