Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pengarah apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi—
(a)
pentadbiran dan pengurusan sewajarnya hal ehwal
Lembaga;
(b)
penyediaan—
(i)
semua program, skim, projek dan aktiviti;
(ii)
anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan
(iii)
anggaran pendapatan, untuk kelulusan Lembaga;
(c)
pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan
(d)
pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(5)
Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
(6)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
(7)
Jika Ketua Pengarah tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, atau jika jawatan Ketua Pengarah buat sementara adalah kosong, Lembaga boleh mengarahkan Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah semasa ketidakhadiran, ketidakupayaan atau kekosongan itu buat sementara itu.
(8)
Bagi maksud subseksyen (7)—
(a)
jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Ketua
Pengarah, Lembaga hendaklah menamakan seorang
Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan itu; dan
Lembaga Lada Malaysia 21
(b)
jika jawatan Timbalan Ketua Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat