Malaysia legislation

Section 23

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 23

(2)

Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Lembaga.

(3)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah yang diperuntukkan bagi maksud Akta ini oleh Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri;

(b)

wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

(c)

wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(d)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(e)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;

(f)

wang yang diperoleh daripada perkhidmatan perundingan, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;

(g)

wang yang dikutip atau dibayar di bawah seksyen 64;

Lembaga Lada Malaysia 23

(h)

wang yang dikutip oleh Lembaga di bawah Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan dalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang;

(i)

wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(j)

derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar

Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia;

dan

(k)

segala jumlah wang atau harta yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang

Section 23 — MALAYSIAN PEPPER BOARD ACT 2006 | mylaw.my