Malaysia legislation

Section 24

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 24

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk—

(i)

saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(ii)

perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat

Lembaga;

(iii)

kos yang dilakukan dalam membuat peruntukan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Lembaga; dan

(iv)

fi dan kos guaman dan apa-apa fi dan kos lain;

(b)

membiayai aktiviti penyelidikan dan kemajuan;

(c)

menyumbang kepada badan atau organisasi yang dianggotai oleh Lembaga;

(d)

menyumbang kepada organisasi yang berhubungan dengan industri lada sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri;

(e)

memberikan bantuan kewangan kepada pekebun lada dengan kelulusan Menteri;

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 656

(f)

membiayai apa-apa biasiswa bagi pendidikan tinggi yang diluluskan oleh Lembaga;

(g)

memberikan pinjaman atau bantuan kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud pembangunan sumber manusia dalam industri lada;

(h)

memberikan pinjaman kepada atau mengadakan modal bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(i)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sewajarnya oleh

Lembaga pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(j)

tertakluk kepada kelulusan Menteri, memberikan sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan pemasaran keluaran lada;

(k)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

(l)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;

(m)

membayar apa-apa hadiah di bawah seksyen 68; dan

(n)

secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pemeliharaan Kumpulan Wang