Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
(2)
Sebelum bermulanya bulan Jun setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum bermulanya bulan
Disember tahun itu, memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
(3)
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980