Malaysia legislation

Section 38

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 38

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu jika perlu dengan kekerasan.

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai yang diberi kuasa untuk—

(a)

menggeledah premis itu dan menyita dan mengalihkan dari premis itu apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan,

Lembaga Lada Malaysia 29

jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel apa-apa lada, keluaran lada atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu.

(3)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(4)

Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat sedemikian,—

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu, atau mana-mana pagar, kepungan, pagar pintu atau halangan lain ke premis itu untuk masuk ke dalam premis itu;

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dalam premis itu atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan,

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 656

kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran