Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Bilamana seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana tempat, premis, orang, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran di bawah seksyen 38 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—
(a)
memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;
(b)
memberhentikan dan memeriksa orang atau kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu; dan
(c)
menyita apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan bagi kesalahan itu.
Kuasa untuk memasuki premis