Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Walau apa pun seksyen 38 dan 39, seorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud—
(a)
memeriksa apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkan perlu;
(b)
mengesahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa atau kepada Lembaga; atau
(c)
memungut sampel apa-apa lada atau keluaran lada.
Lembaga Lada Malaysia 31
Pemeriksaan orang