Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Fungsi Lembaga adalah—
(a)
untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia;
(b)
untuk terlibat dalam perdagangan lada, keluaran lada dan memperluas perdagangan kepada rempah-rempah yang lain;
Lembaga Lada Malaysia 11
(c)
untuk menggalakkan atau menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan industri lada dan memperdagangkan dapatan penyelidikan demi manfaat industri lada;
(d)
untuk menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah bagi mendapatkan lada, keluaran lada dan rempah lain yang berkualiti tinggi;
(e)
untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan termasuk latihan kepada industri lada;
(f)
untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyenggarakan rekod semua perkara yang berkaitan yang berhubungan dengan industri lada;
(g)
untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan
Kerajaan Negeri yang berkaitan dan badan-badan lain termasuk menjadi anggota persatuan di dalam dan di luar Malaysia demi kepentingan industri lada; dan
(h)
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang disifatkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Kuasa Lembaga