Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 656
(3)
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).
(4)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain tidak boleh dilucuthakkan boleh, memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda itu dipegang bahawa dia menuntut lada, atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.
(5)
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada
Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai diberi kuasa, melalui maklumat bertulis, merujuk perkara itu kepada Majistret.
(6)
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki Lembaga dan orang yang menegaskan bahawa dia
Lembaga Lada Malaysia 39
ialah pemunya lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
(7)
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu yang disebut dalam subseksyen
(6)
merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Majistret hendaklah memerintahkan supaya lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
(8)
Mana-mana lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa itu dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.
(9)
Lembaga tidak menanggung liabiliti kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekalipun berlaku, dalam mutu lada atau keluaran lada yang disita di bawah Akta ini.
Hak harta mengenai lada, dsb., yang dilucuthakkan