Malaysia legislation

Section 52

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 52

Pelepasan lada, dsb., yang disita

Walau apa pun seksyen 50, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya apa-apa lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan,

40

Undang-Undang Malaysia

Akta 656

jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Bahagian ini dilepaskan kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita.