Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Seseorang yang—
(a)
menyerang, menghalang, merintangi atau mengganggu mana-mana pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;
(b)
mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik apa-apa lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini; atau
(c)
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan menyebabkan kehilangan, atau merosakkan atau memusnahkan apa-apa lada, keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain untuk menghalang penyitaannya atau penyimpanan selamat lada atau keluaran lada, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan menyimpan rahsia