Malaysia legislation

Section 5

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 5

(a)

untuk membuat kontrak;

(b)

untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih atau harta tak alih;

(c)

untuk memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya, yang terletak hak pada

Lembaga;

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 656

(d)

untuk mengusahakan dan menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan pembangunan dalam penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, pemakaian, penggunaan dan pemasaran lada dan keluaran lada termasuk sisa lada dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya;

(e)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang disifatkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan yang berhubungan dengan penyelidikan, penyiasatan, pengujian, perkhidmatan nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lembaga;

(f)

untuk mengutip dan menerima apa-apa wang berhubung dengan aktiviti perdagangannya dan penggunaan kemudahannya dan sebagai balasan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Lembaga;

(g)

untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan yang disifatkannya patut bagi menunaikan fungsinya;

(h)

untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi Lembaga atau berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang diusahakan oleh mana-mana orang atau organisasi;

(i)

untuk menyediakan, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan atau bantuan lain kepada pekebun lada dan aktiviti mereka yang berkaitan;

(j)

untuk menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan, atau kedua-duanya;

(k)

untuk memberikan perakuan kecekapan berkenaan dengan program latihan dan program bertauliah;

(l)

untuk mengusahakan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang disifatkannya perlu bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan industri lada Malaysia;

(m)

untuk mengawal selia industri lada, kecuali penanaman dan penyelidikan lada, termasuk pelaksanaan dan penguatkuasaan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Lembaga Lada Malaysia 13

(n)

untuk memberikan lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini berkenaan dengan industri lada;

(o)

untuk menetapkan piawaian atau gred lada dan keluaran lada; dan

(p)

untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau perlu atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Lembaga boleh, dalam menunaikan apa-apa fungsinya, dalam hal yang bersesuaian menjalankan aktiviti perdagangan bagi mendapat untung atau faedah melalui syarikat yang boleh ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]

dan syarikat itu hanya boleh ditubuhkan setelah diluluskan oleh

Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(3)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau bagi menetapkan terma dan syarat mana-mana aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga berhubung dengan mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) atau kepada mana-mana syarikat, perusahaan atau pengusahaan.

(4)

Apa-apa peninggalan atau keabaian untuk mematuhi dan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang cuba dilakukan yang berlawanan dengan peruntukan peraturan-peraturan itu adalah suatu kesalahan di bawah Akta ini dan pesalah itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Keanggotaan Lembaga