Malaysia legislation

Section 64

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 64

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan apa-apa lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah untuk dikenakan mengikut syarat kompaun.

Pemulaan dan penjalanan pendakwaan