Malaysia legislation

Section 67

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 67

Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta; dan

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati, dan dengan mempercayai dengan semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Hadiah