Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
Perlindungan pemberi maklumat
(2)
Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen atau data yang dikomputerkan yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.
(3)
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Kuasa untuk mengecualikan