Malaysia legislation

Section 6

of AKTA LEMBAGA LADA MALAYSIA 2006

Seksyen 6

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi industri lada, yang hendaklah dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian;

(c)

seorang wakil Perbendaharaan, yang dinamakan oleh

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan;

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 656

(d)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian, yang dinamakan oleh

Ketua Setiausaha Kementerian;

(e)

seorang wakil Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan

Perdana Menteri yang dinamakan oleh Ketua Pengarah

UPE;

(f)

dua orang wakil daripada Kerajaan Negeri Sarawak;

(g)

seorang wakil daripada Kerajaan Negeri lain selain

Sarawak;

(h)

tiga orang wakil industri lada, yang sekurang-kurangnya dua daripadanya hendaklah daripada Sarawak;

(i)

dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pembangunan industri lada; dan

(j)

Ketua Pengarah.

Tempoh jawatan