Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Pihak yang menyediakan maklumat sulit hendaklah diminta untuk memberikan ringkasan tidak sulit maklumat sulit itu atau, jika pihak itu menunjukkan bahawa maklumat itu tidak boleh diringkaskan, sebab-sebab mengapa suatu ringkasan tidak dapat disediakan.
(3)
Jika Kerajaan mendapati bahawa suatu permintaan bagi memperlakukan maklumat sulit adalah tidak wajar, dan jika pembekal maklumat tidak rela untuk mendedahkan maklumat kepada umum atau membenarkan pendedahan maklumat itu dalam bentuk umum atau ringkasan, Kerajaan boleh mengetepikan maklumat itu melainkan jika dapat ditunjukkan daripada sumber yang sepatutnya sehingga Kerajaan berpuas hati bahawa maklumat itu adalah betul.
Penentuan awal