Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Tugas dan kuasa pihak berkuasa penyiasat
(2)
Penjalanan penyiasatan yang berhubungan dengan kemudaratan yang serius atau ancamannya hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Pihak berkuasa penyiasat hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta ini dalam menjalankan fungsi yang ditugaskan kepadanya di bawah Akta ini.
(4)
Mengenai apa-apa prosiding di bawah Akta ini, pihak berkuasa penyiasat tidak boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang berhak diperlakukan sebagai sulit di bawah Akta ini.
(5)
Pihak berkuasa penyiasat boleh meminta secara terus daripada pihak berkepentingan yang turut serta, ejen kastam, syarikat pemeriksa, syarikat penghantar, dan perusahaan dan entiti lain bagi sektor awam dan swasta, apa-apa data dan maklumat yang dianggap relevan bagi pelaksanaan tugas, fungsi dan kuasa mereka. Pihak yang menerima permintaan itu hendaklah menyediakan maklumat yang diminta, dan maklumat itu hendaklah diletakkan dalam fail awam.
(6)
Pihak berkuasa penyiasat boleh memutuskan untuk menentusahkan ketepatan apa-apa maklumat yang dikemukakan semasa suatu penyiasatan atau kajian semula sebagaimana yang ditetapkan.
Kuasa untuk mewakilkan