Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“carta” ertinya suatu carta nautika yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pandu arah marin, menunjukkan kedalaman air, keadaan dasar laut, tatarajah ketinggian dan ciri-ciri pantai, bahaya dan bantuan pelayaran, dalam suatu format yang standard dan carta itu juga disebut sebagai carta marin atau carta hidrografi;
6
Undang-Undang Malaysia
Akta 660
“garis air surut” ertinya persilangan satah air surut dengan daratan;
garisan sepanjang pinggir laut atau pantai semasa air surut;
“garis pangkal” ertinya garis pangkal sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 5;
“geodesi” ertinya suatu lengkungan yang memberikan jarak terdekat di antara dua titik di atas suatu permukaan yang ditetapkan;
“ketinggian air surut” ertinya kawasan daratan yang terbentuk secara semula jadi yang dikelilingi air dan timbul semasa air surut tetapi tenggelam semasa air pasang;
“laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969
[P.U. (A) 307A/1969];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi maritim;
“pelantar benua” ertinya pelantar benua Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83];
“zon ekonomi eksklusif” ertinya zon ekonomi eksklusif Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311];
“zon maritim” ertinya laut wilayah, pelantar benua dan zon ekonomi eksklusif Malaysia, atau mana-mana daripadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.