Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Akta 660
(a)
menyebabkan disediakan dan dikeluarkan apa-apa peta yang difikirkannya patut yang menunjukkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan koordinat geografi titik pangkal, garis pangkal, garis batasan luar dan garis persempadanan zon maritim Malaysia; atau
(b)
menyebabkan disediakan dan dikeluarkan apa-apa carta berskala besar atau carta berskala yang bersesuaian untuk penentuan kedudukan, sebagaimana yang difikirkannya patut, yang menunjukkan garis air surut sepanjang pantai dan boleh menyebabkan ditunjukkan pada carta itu apa-apa perkara lain yang disebut dalam perenggan (a).
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan perenggan (1)(a) dan (b), peta atau carta itu hendaklah—
(a)
peta yang disediakan dan dikeluarkan masing-masingnya oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Malaysia atau carta yang disediakan dan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia;
(b)
bertarikh dan diperakui sebagai suatu salinan peta atau carta yang benar dan betul berhubung dengan perkara-perkara yang terkandung dalamnya masing-masingnya oleh Ketua
Pengarah Ukur dan Pemetaan, Malaysia atau Ketua Pengarah
Hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia; dan
(c)
masing-masingnya disimpan di pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Malaysia atau Ketua Pengarah Hidrografi
Tentera Laut Diraja Malaysia.
Garis Pangkal Zon Maritim 9
(3)
Mana-mana peta atau carta yang disediakan dan dikeluarkan di bawah perenggan (2)(a) atau (b) hendaklah disiarkan dalam Warta dan, jika perlu, dalam apa-apa bentuk lain sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Menteri.
(4)
Mana-mana peta atau carta yang disediakan dan dikeluarkan di bawah perenggan (2)(a) atau (b) boleh didapati oleh orang awam apabila fi yang ditetapkan dibayar.
(5)
Dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah, mana-mana peta atau carta yang disediakan dan dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan sebagai bukti prima facie tentang kandungan peta atau carta itu.
Perakuan Menteri