Malaysia legislation
Section 11
of Akta 663
Seksyen 11
(2)
Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada pemaju dan tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada dua belas pembeli, yang hendaklah dipilih di mesyuarat agung tahunan Badan dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau sehingga pembubaran Badan mengikut seksyen 15, mengikut mana-mana yang terdahulu.
(3)
Daripada kalangan anggota Jawatankuasa yang dipilih di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dipilih seorang pengerusi, seorang setiausaha dan seorang bendahari.
(4)
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi
Jawatankuasa.
(5)
Pihak Berkuasa Negeri boleh meminda Jadual Pertama melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Daftar pembeli