Malaysia legislation
Section 12
of Akta 663
Seksyen 12
Pemaju atau Badan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengikut bentuk yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya, yang mengandungi butir yang berikut berkenaan dengan segala petak dalam kawasan pemajuan:
(a)
unit syer yang diumpukkan yang hendaklah diuntukkan kepada setiap petak yang difailkan dengan Pesuruhjaya;
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 663
(b)
keluasan lantai petak yang disebut dalam perenggan (a);
(c)
nama dan alamat tiap-tiap pembeli dan jika pembeli bukan seorang pemastautin Malaysia, alamat di Malaysia yang padanya notis boleh diserahkan ke atas pembeli;
(d)
nama dan alamat peguam cara yang bertindak bagi pembeli dalam penjualan dan pembelian petak itu; dan
(e)
bilangan petak yang tidak terjual.
Hak pembeli