Malaysia legislation

Section 13

of Akta 663

Seksyen 13

Atas permohonan oleh atau bagi pihak seseorang yang merupakan pembeli, atau oleh atau bagi pihak seseorang yang merupakan bakal pembeli, Badan hendaklah mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan yang memperakui—

(a)

amaun caj yang kena dibayar oleh seseorang pembeli;

(b)

masa dan cara pembayaran amaun caj itu;

(c)

takat, jika ada, yang caj itu telah dibayar;

(d)

amaun, jika ada, yang boleh didapatkan kembali kemudiannya oleh Badan berkenaan dengan petak itu;

(e)

jumlah wang yang terdapat dalam kredit Kumpulan

Wang Penyenggaraan Bangunan dan jumlah wang dalam akaun itu yang telah dikomitkan atau dirizabkan bagi perbelanjaan yang telah dilakukan oleh

Badan;

(f)

jenis pembaikan dan anggaran perbelanjaan, jika ada, jika Badan telah melakukan apa-apa perbelanjaan atau hampir melaksanakan apa-apa pembaikan, kerja atau perbuatan yang berkenaan dengannya suatu liabiliti mungkin dilakukan oleh pembeli petak itu di bawah mana-mana peruntukan Akta ini; dan

(g)

amaun yang dibayar dan kena dibayar oleh pemaju bagi petak yang tidak terjual.

Bangunan dan Harta Bersama

(Penyenggaraan dan Pengurusan)

21

Kaedah-kaedah dalaman

Section 13 — Act 663 | mylaw.my