Malaysia legislation
Section 15
of Akta 663
Seksyen 15
(2)
Badan hendaklah—
(a)
tidak lewat daripada satu bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan, menyerahkan kepada perbadanan pengurusan—
(i)
kaedah-kaedah dalaman;
(ii)
akaun teraudit Kumpulan Wang Penyenggaraan
Bangunan atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diauditkan;
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 663
(iii)
segala aset dan liabiliti Badan; dan
(iv)
rekod yang berkaitan dengan dan perlu bagi penyenggaraan bangunan dan harta bersamanya;
dan
(b)
jika hanya akaun yang belum diaudit telah diserahkan di bawah subperenggan (a)(ii); tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh mesyuarat pertama perbadanan pengurusan, menyerahkan kepada perbadanan pengurusan itu akaun yang diauditkan bagi Badan itu.
(3)
Jika Badan gagal mematuhi seksyen ini, tiap-tiap anggota
Badan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
(4)
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh
Badan, maka tiap-tiap anggota Badan itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira segala hal keadaan, dia membuktikan—
(a)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan
(b)
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.