Malaysia legislation
Section 17
of Akta 663
Seksyen 17
(a)
segala caj yang diterima olehnya daripada pembeli dalam kawasan pemajuan bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama kawasan pemajuan itu; dan
(b)
segala caj bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama yang hendaklah dibayar oleh pemaju berkenaan dengan petak-petak dalam kawasan pemajuan yang tidak terjual, yang merupakan suatu jumlah wang yang bersamaan dengan caj penyenggaraan yang kena dibayar oleh pembeli kepada pemaju sekiranya petak-petak itu dijual.
(2)
Pemaju hendaklah—
(a)
menyebabkan akaun sepatutnya bagi Akaun Penyenggaraan
Bangunan disimpan berkenaan dengan segala jumlah wang yang diterima daripada dan segala pembayaran yang dibuat daripada Akaun Penyenggaraan Bangunan;
(b)
melantik seorang juruaudit profesional untuk mengaudit
Akaun Penyenggaraan Bangunan setiap tahun atau dalam hal jika wang dipindahkan di bawah subseksyen 19(3), satu bulan sebelum tarikh pemindahan sebenar;
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 663
(c)
memfailkan suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit dalam masa empat belas hari dari pengauditan akaun itu dengan
Pesuruhjaya; dan
(d)
membenarkan Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pesuruhjaya secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya akses penuh dan bebas kepada rekod pengakaunan dan rekod lain Akaun
Penyenggaraan Bangunan dan untuk membuat salinan atau cabutan rekod pengakaunan itu atau rekod lain.
(3)
Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak untuk melantik seorang juruaudit syarikat yang diluluskan untuk menyiasat buku, akaun dan urus niaga sesuatu Akaun Penyenggaraan Bangunan dan pemaju hendaklah membayar segala perbelanjaan yang dilakukan bagi maksud itu.
(4)
Pemaju hendaklah, apabila sesuatu bangunan disiapkan dan sehingga Badan ditubuhkan, menginsuranskan dan terus menginsuranskan bangunan itu terhadap apa-apa kerosakan bangunan dan terhadap kebakaran serta risiko lain.
(5)
Pemaju hendaklah memberi Pesuruhjaya atau mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang dinyatakan oleh
Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pesuruhjaya atau
Menteri.
(6)
Penyata, laporan, akaun dan maklumat hendaklah mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya atau Menteri, dari semasa ke semasa.
(7)
Seseorang pemaju yang gagal mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit dan juga boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Bangunan dan Harta Bersama
(Penyenggaraan dan Pengurusan)
25
Wang hendaklah didepositkan ke dalam Akaun Penyenggaraan
Bangunan