Malaysia legislation

Section 19

of Akta 663

Seksyen 19

Wang tidak menjadi sebahagian daripada harta pemaju

(a)

pemaju membuat apa-apa komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau mempunyai perintah penerimaan atau perintah penghukuman dibuat terhadapnya; atau

(b)

pemaju itu, sebagai suatu syarikat, telah mengalami pelikuidasian sukarela atau paksa.

(2)

Apabila berlaku mana-mana kejadian yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

wang dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan hendaklah terletak hak pada pentadbir, penerima rasmi, pemegang amanah dalam kebankrapan atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang hendaklah digunakan bagi segala atau mana-mana maksud yang baginya wang dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan dibenarkan digunakan oleh Akta ini; dan

(b)

apa-apa wang yang masih berada dalam Akaun Penyenggaraan

Bangunan, selepas semua pembayaran dibuat menurut perenggan (a), hendaklah dipegang oleh pentadbir itu.

(3)

Mana-mana baki wang yang disebut dalam perenggan (2)(b)

hendaklah dipindahkan ke dalam suatu akaun atas nama Badan itu.

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 663

Larangan ke atas pemungutan caj