Malaysia legislation

Section 1

of Akta 663

Seksyen 1

(2)

Akta ini hendaklah hanya terpakai bagi Semenanjung

Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

(3)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di setiap Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, berhubung dengan Negeri itu melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, menetapkan tarikh yang berlainan—

(a)

bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan; dan

(b)

bagi permulaan kuat kuasa peruntukan berlainan Akta ini di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan.

(4)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan

Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan

Putrajaya melalui pemberitahuan dalam Warta.

(5)

Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memperluas mana­

mana peruntukan Akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana kawasan di dalam Negeri itu yang tidak berada di bawah mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan; dan boleh membuat apa-apa ubah suaian, pindaan atau pengubahan kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu bagi maksud pemakaiannya bagi kawasan itu.

(6)

Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(7)

Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika pada pendapatnya ia tidak akan berlawanan dengan kepentingan awam, dan kepentingan pembeli untuk berbuat demikian, menggantung kuat kuasa Akta ini atau mana-mana peruntukan Akta ini di dalam mana-mana

Bangunan dan Harta Bersama

(Penyenggaraan dan Pengurusan)

9

kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana kawasan lain selama apa-apa tempoh yang difikirkannya patut.

(8)

Dalam Akta ini, sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tafsiran

Section 1 — Act 663 | mylaw.my