Malaysia legislation

Section 20

of Akta 663

Seksyen 20

(a)

suatu Akaun Penyenggaraan Bangunan telah dibuka atas nama kawasan pemajuan; dan

(b)

milikan kosong petak yang dibeli oleh pembeli telah diserahkan kepada pembeli itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana pemaju sesuatu kawasan pemajuan yang telah disiapkan pada atau sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan telah, sebaik sebelum tarikh itu, memungut caj bagi penyenggaraan dan pengurusan sesuatu bangunan daripada pembeli yang terdapat dalam kawasan pemajuan itu boleh terus berbuat demikian sehingga Badan ditubuhkan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pemaju berkenaan dengan caj bagi bangunan yang disiapkan sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini