Malaysia legislation

Section 23

of Akta 663

Seksyen 23

(2)

Penguntukan caj yang kena dibayar oleh pembeli itu hendaklah ditentukan oleh Badan berkadaran dengan unit syer yang diumpukkan.

(3)

Apa-apa notis bertulis yang diserahkan kepada pembeli yang meminta pembayaran caj itu hendaklah disokong oleh suatu pernyataan caj yang dikeluarkan oleh pemaju atau Badan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menyatakan dengan terperinci kategori belanja yang berkenaan dengannya caj kena dibayar.

(4)

Pembeli itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari penerimaan notis di bawah subseksyen (3), membayar caj yang diminta.

30

Undang-Undang Malaysia

Akta 663

(5)

Jika caj itu terus tidak dibayar oleh pembeli itu apabila habis tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam subseksyen (4), pembeli itu hendaklah membayar bunga pada kadar yang hendaklah ditentukan oleh Badan di bawah perenggan 6(1)(d) tetapi bunga itu tidak boleh lebih daripada 10 peratus setahun.

Badan Pengurusan Bersama hendaklah membuka dan menyenggarakan kumpulan wang penjelas