Malaysia legislation

Section 24

of Akta 663

Seksyen 24

Badan hendaklah membuka dan menyenggarakan suatu kumpulan wang penjelas yang ke dalamnya hendaklah dibayar apa-apa bahagian caruman kepada Kumpulan Wang Penyenggaraan

Bangunan yang, dari semasa ke semasa, ditentukan oleh Badan bagi maksud memenuhi liabiliti sebenar atau yang dijangkakan berkenaan dengan perkara yang berikut:

(a)

pengecatan atau pengecatan semula mana-mana bahagian harta bersama;

(b)

pemerolehan apa-apa harta alih bagi kegunaan berhubung dengan harta bersama;

(c)

pembaharuan atau penggantian apa-apa lekapan atau pemasangan yang terdapat dalam mana-mana harta bersama; atau

(d)

apa-apa perbelanjaan lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa.

Section 24 — Act 663 | mylaw.my