Malaysia legislation
Section 25
of Akta 663
Seksyen 25
(a)
suatu keadaan di bawah subseksyen 6(7) berlaku; atau
(b)
Pesuruhjaya berpuas hati, selepas siasatan sewajarnya dijalankan olehnya atau seseorang yang dilantik olehnya, bahawa penyenggaraan dan pengurusan sesuatu bangunan tidak dijalankan dengan memuaskan hati oleh pemaju atau Badan, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Bangunan dan Harta Bersama
(Penyenggaraan dan Pengurusan)
31
Pesuruhjaya boleh melantik, melalui pemberitahuan bertulis, seorang atau lebih untuk bertindak sebagai ejen pengurusan untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan selama tempoh yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.
(2)
Seseorang ejen pengurusan yang dilantik di bawah Bahagian ini hendaklah membuat suatu perjanjian pengurusan dengan pemaju atau Badan untuk menjalankan kewajipan dan kuasa pemaju atau
Badan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(3)
Ejen pengurusan berhak dibayar apa-apa saraan atau fi sebagaimana yang dipersetujui antara ejen pengurusan dengan pemaju atau Badan dengan persetujuan Pesuruhjaya, dan saraan atau fi itu hendaklah dipertanggungkan pada Akaun Penyenggaraan
Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kebebasan ejen pengurusan