Malaysia legislation
Section 28
of Akta 663
Seksyen 28
Kuasa dan tugas ejen pengurusan
(2)
Tertakluk kepada arahan am Pesuruhjaya, ejen pengurusan yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa berkenaan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan seolah-olah dia bertindak sebagai pemaju atau Badan.
(3)
Menjadi kewajipan seseorang ejen pengurusan untuk membayar segala wang yang diterima olehnya atas sifatnya sebagai ejen pengurusan ke dalam Akaun Penyenggaraan Bangunan atau
Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan bagi bangunan itu dalam masa dua hari kerja dari penerimaan wang itu.
(4)
Secepat yang dapat dilaksanakan selepas pelantikannya, tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada satu bulan selepas pelantikannya, seseorang ejen pengurusan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Pesuruhjaya suatu penyata yang menunjukkan setakat pada tarikh pelantikannya—
(a)
wang yang ada dalam kredit Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan;
(b)
amaun yang kena dibayar dan terhutang oleh pembeli yang kena dibayar kepada Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan;
Bangunan dan Harta Bersama
(Penyenggaraan dan Pengurusan)
(c)
apa-apa pendapatan yang didapati daripada harta bersama bangunan yang kena dibayar kepada Akaun Penyenggaraan
Bangunan atau Kumpulan Wang Penyenggaraan
Bangunan;
(d)
apa-apa jumlah wang yang terakru bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan, yang dibenarkan dibayar daripada Akaun Penyenggaraan Bangunan atau Kumpulan
Wang Penyenggaraan Bangunan; dan yang masih belum dibayar.
(5)
Seseorang ejen pengurusan yang melanggar subseksyen (3)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pemaju tidak dilepaskan daripada obligasinya untuk menjalankan pembaikan, dsb.