Malaysia legislation

Section 29

of Akta 663

Seksyen 29

Pelantikan seseorang ejen pengurusan tidak boleh melepaskan pemaju daripada obligasinya—

(a)

terhadap pembeli dalam kawasan pemajuannya untuk menjalankan pembaikan pada harta bersama, membaiki apa-apa kecacatan, penyusutan atau kerosakan lain pada harta bersama semasa tempoh liabiliti cacat; dan

(b)

menjalankan pembaikan dan kerja pengubahan dan tambahan untuk memastikan bahawa pemajuan dibina mengikut spesifikasi dan pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa berwibawa.

Penamatan perjanjian pengurusan