Malaysia legislation

Section 2

of Akta 663

Seksyen 2

Akta 663

“Akaun Penyenggaraan Bangunan” ertinya Akaun

Penyenggaraan Bangunan yang dibuka dan disenggarakan di bawah seksyen 16;

“Badan” ertinya Badan Pengurusan Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

“bangunan” ertinya apa-apa objek yang didirikan di atas kawasan pemajuan, dan termasuklah harta bersama bangunan;

“bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah bahagi kepada petak” ertinya—

(a)

apa-apa bangunan atau bangunan-bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih dalam kawasan pemajuan dan dicadangkan untuk dipecahbahagikan kepada petak-petak;

dan apa-apa tanah di atas lot yang sama yang dicadangkan untuk dipecahbahagikan kepada petak-petak yang akan dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan atau yang baginya suatu permohonan untuk pecah bahagi telah dibuat di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318];

atau

(b)

apa-apa kawasan pemajuan yang mempunyai dua bangunan atau lebih yang dicadangkan untuk dipecahbahagikan kepada petak tanah sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Hakmilik Strata 1985;

“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 663

“caj” ertinya apa-apa wang yang dikutip oleh pemunya, pemaju,

Badan atau ejen pengurusan daripada pembeli bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah bahagi kepada petak dan harta bersama;

“ejen pengurusan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh

Pesuruhjaya Bangunan di bawah seksyen 25;

“harta” ertinya mana-mana tanah di atas kawasan pemajuan, dan termasuklah mana-mana bangunan atau sebahagian daripada sesuatu bangunan yang telah didirikan atau sedang didirikan di atas tanah itu, dan termasuklah juga bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah bahagi kepada petak;

“harta bersama”, berhubung dengan sesuatu kawasan pemajuan, ertinya sekian banyak kawasan pemajuan yang tidak terkandung dalam mana-mana petak, seperti elemen struktur bangunan, anak tangga, tangga, laluan kecemasan, pintu masuk dan pintu keluar, koridor, lobi, lekapan dan pemasangan, lif, pelongsor sampah, tong sampah, kawasan, parit, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak, bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, tempat letak kereta dan kawasan meletakkan kereta, ruang terbuka, kawasan landskap, tembok dan pagar, dan segala kemudahan dan pepasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Pengurusan Bersama yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;

“kawasan pemajuan” ertinya mana-mana tanah beri hakmilik yang dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik muktamad

(sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah) yang di atasnya bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah bahagi kepada petak dibina atau sedang dalam pembinaan;

“kawasan pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana kawasan dalam sesuatu Negeri yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa

Negeri sebagai pihak berkuasa tempatan mengikut seksyen 3 Akta

Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];

Bangunan dan Harta Bersama

(Penyenggaraan dan Pengurusan)

11

“kumpulan wang penjelas” ertinya suatu kumpulan wang khas yang dibuka dan disenggarakan di bawah seksyen 24;

“Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan” ertinya Kumpulan

Wang Penyenggaraan Bangunan yang Badan itu dikehendaki menyenggarakannya oleh seksyen 22;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan;

“nilai gantian” ertinya nilai untuk menggantikan bangunan itu dalam hal kebakaran atau kerosakan;

“pemaju” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang (dengan apa nama jua diperihalkan), yang memajukan mana-mana tanah bagi maksud penempatan termasuk penempatan bagi kegunaan komersial dan perindustrian dan termasuklah wasi, pentadbir dan pengganti dalam hakmilik atau pemegang serah hak yang dibenarkan orang atau kumpulan orang itu;

“pembeli” ertinya pembeli sesuatu petak;

“penghuni” ertinya orang yang menduduki bangunan itu dengan sebenarnya, tetapi dalam hal premis bagi maksud penginapan, tidak temasuk penginap;

“perbadanan pengurusan” ertinya perbadanan pengurusan yang ditubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985;

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Bangunan yang dilantik di bawah seksyen 3;

“petak”, berhubung dengan—

(a)

suatu bangunan yang dicadangkan untuk dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit individu yang terkandung dalam bangunan itu yang (kecuali dalam hal petak aksesori)

dipegang atau akan dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan; dan

(b)

tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi, ertinya satu daripada unit individu petak tanah;

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 663

“petak aksesori” ertinya mana-mana petak yang ditunjukkan dalam suatu pelan strata sebagai petak aksesori yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan bersama-sama dengan suatu petak;

“pihak berkuasa tempatan” termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk menjalankan dan melaksanakan kuasa dan tugas yang diberikan dan dikenakan ke atas sesuatu pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“unit syer yang diumpukkan” ertinya unit syer yang diuntukkan kepada setiap petak oleh juruukur tanah berlesen pemaju.