Malaysia legislation

Section 30

of Akta 663

Seksyen 30

(a)

tidak lewat daripada satu bulan dari penamatan itu, menyediakan dan mengemukakan akaun yang belum diauditkan bagi Akaun Penyenggaraan Bangunan atau

Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Pesuruhjaya dan menyerahkan suatu senarai lengkap aset dan liabiliti

34

Undang-Undang Malaysia

Akta 663

Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan atau Akaun

Penyenggaraan Bangunan itu dan rekod yang berkaitan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan itu kepada Pesuruhjaya; dan

(b)

tidak lewat daripada tiga bulan dari penamatan itu, mengemukakan akaun yang diauditkan bagi Kumpulan

Wang Penyenggaraan Bangunan atau Akaun Penyenggaraan

Bangunan kepada Pesuruhjaya.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

(3)

Sekiranya perjanjian pengurusan tamat, Pesuruhjaya boleh melantik seorang ejen pengurusan yang lain untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan itu selama tempoh yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.