Malaysia legislation

Section 31

of Akta 663

Seksyen 31

(2)

Deposit yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibayar kepada Pesuruhjaya semasa penyerahan milikan kosong.

(3)

Pesuruhjaya boleh menggunakan deposit itu bagi maksud menjalankan apa-apa kerja yang perlu untuk membaiki apa-apa kerosakan pada harta bersama di dalam kawasan pemajuan itu.

(4)

Jika Pesuruhjaya menentukan bahawa deposit itu tidak mencukupi untuk membaiki kecacatan pada harta bersama itu,

Bangunan dan Harta Bersama

(Penyenggaraan dan Pengurusan)

35

Pesuruhjaya boleh mengarahkan pemaju supaya mendepositkan dalam masa empat belas hari apa-apa jumlah wang selanjutnya sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

(5)

Mana-mana deposit yang tidak dibelanjakan hendaklah dibayar balik kepada pemaju apabila tamat tempoh liabiliti cacat bagi kawasan pemajuan itu.

(6)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Mendapatkan caj oleh Badan Pengurusan Bersama