Malaysia legislation
Section 4
of Akta 663
Seksyen 4
(a)
sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan milikan kosong petak itu telah diserahkan oleh pemaju kepada pembeli tetapi perbadanan pengurusan belum wujud, suatu
Badan Pengurusan Bersama hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada dua belas bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(b)
pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, suatu
Badan Pengurusan Bersama hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong petak itu kepada pembeli.
(2)
Badan yang ditubuhkan oleh subseksyen (1) hendaklah merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(3)
Badan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(4)
Badan hendaklah terdiri daripada pemaju dan pembeli.
Kewajipan pemaju untuk mengadakan mesyuarat