Malaysia legislation

Section 5

of Akta 663

Seksyen 5

(2)

Pemaju hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai mesyuarat pertama kepada semua pembeli tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat itu.

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 663

(3)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika pemaju gagal mengadakan mesyuarat pertama dalam tempoh yang dinyatakan,

Pesuruhjaya boleh melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat pertama Badan itu dalam masa yang dinyatakan oleh

Pesuruhjaya.

(4)

Pemaju hendaklah, sehingga penubuhan Badan dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini, bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan pengurusan harta.

(5)

Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Mesyuarat pertama Badan Pengurusan Bersama