Malaysia legislation

Section 6

of Akta 663

Seksyen 6

(a)

pemilihan pemegang jawatan Jawatankuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 11(2);

(b)

mengesahkan pengambilan alih insurans yang dilaksanakan oleh pemaju oleh Badan;

(c)

tertakluk kepada subseksyen 23(2), menentukan amaun yang hendaklah dibayar oleh pembeli kepada Kumpulan

Wang Penyenggaraan Bangunan bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan;

(d)

penentuan kadar bunga yang kena dibayar oleh pembeli berkenaan dengan pembayaran lewat caj; dan

(e)

apa-apa perkara yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bangunan.

(2)

Kuorum pada mesyuarat pertama Badan hendaklah merupakan satu perempat daripada pembeli yang telah membayar caj penyenggaraan berkenaan dengan petak mereka kepada Akaun

Penyenggaraan Bangunan (“anggota yang berhak untuk mengundi”)

pemaju.

(3)

Jika dalam masa setengah jam selepas masa yang ditetapkan untuk mesyuarat itu, kuorum tidak ada, anggota yang berhak untuk mengundi yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.

Bangunan dan Harta Bersama

(Penyenggaraan dan Pengurusan)

(4)

Segala ketetapan pada mesyuarat pertama Badan hendaklah diputuskan dengan mengangkat tangan.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), pembeli bersama tidak berhak untuk mengundi kecuali dengan cara proksi yang dilantik secara bersama.

(6)

Sekiranya terdapat persamaan undi, pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(7)

Jika selepas satu jam selepas masa yang ditetapkan untuk mesyuarat, tiada anggota yang berhak untuk mengundi hadir atau semua anggota yang hadir, kerana apa-apa sebab, enggan menjadi pemegang jawatan Jawatankuasa, pemaju hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh mesyuarat itu, memberitahu Pesuruhjaya hakikat itu dan Pesuruhjaya boleh—

(a)

menetapkan suatu tarikh baru bagi mesyuarat pertama

Badan; atau

(b)

melantik seorang ejen pengurusan di bawah subseksyen 25(1) untuk menyenggara harta bersama bangunan.

Kewajipan Badan untuk memberitahu Pesuruhjaya nama

Badan

Section 6 — Act 663 | mylaw.my