Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA 2007

Seksyen 51

(a)

pasangan orang itu;

(b)

abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan orang itu;

(c)

abang atau adik lelaki atau kakak atau adik perempuan kepada pasangan orang itu;

(d)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu;

(e)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pasangan orang itu;

(f)

pasangan kepada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (b), (c), (d) atau (e);

(g)

mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (b), (c) atau (f);

(h)

mana-mana bapa saudara, emak saudara atau sepupu kepada orang itu, atau kepada pasangan orang itu; atau

(i)

mana-mana pasangan, atau mana-mana orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan, orang yang disebut dalam perenggan (h);

“sekutu perniagaan” bagi seseorang termasuklah—

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

54

Undang-Undang Malaysia

(a)

seorang jurubank, akauntan, juruaudit, peguam bela, penama atau orang lain yang diambil kerja atau dilantik oleh orang itu pada bila-bila masa sebelum atau selepas tarikh berkuat kuasa;

(b)

mana-mana pertubuhan perbadanan atau bukan perbadanan yang orang itu ialah seorang pengarah, dan mana-mana pengarah lain badan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan itu;

(c)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—

(i)

mana-mana pengarah pertubuhan perbadanan itu;

(ii)

mana-mana perbadanan sekutu atau berkaitan dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(iii)

mana-mana sekutu perniagaan bagi perbadanan sekutu atau berkaitan sebagaimana yang disebut dalam subperenggan (ii);

(d)

mana-mana orang yang memiliki apa-apa harta kepunyaan orang itu;

(e)

mana-mana orang yang berhutang dengan orang itu;

(f)

mana-mana orang yang mempunyai apa-apa pengetahuan atau maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, urus niaga, hal ehwal atau harta orang itu; dan

(g)

mana-mana orang yang bertindak bersama-sama dengan orang itu.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa penyiasatan lain yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini, kuasa itu boleh dijalankan olehnya terhadap mana-mana—

(a)

Paragraph

(i)

sekutu perniagaan yang lampau atau sekarang;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 55

(ii)

orang yang adalah atau pernah menjadi seorang saudara;

(iii)

orang yang adalah atau pernah menjadi anggota atau pernah atau telah membuat deposit dengan, atau yang adalah atau pernah menjadi seorang pemiutang;

(iv)

orang yang adalah atau telah bersangkutan dengan pengawalan atau pengurusan, secara keseluruhan atau sebahagian hal ehwal koperasi itu; atau

(v)

orang yang mempunyai atau pernah mempunyai kepentingan dalam syer, atau selainnya mempunyai atau pernah mempunyai kepentingan dalam harta, orang yang disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya;

(b)

mana-mana sekutu perniagaan atau saudara kepada orang yang disebut dalam perenggan (a); atau

(c)

mana-mana pertubuhan perbadanan atau bukan perbadanan yang baginya mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a) ialah seorang pengarah atau pegawai atau, jika pertubuhan itu adalah suatu pertubuhan perbadanan, mempunyai suatu kepentingan dalam syer pertubuhan perbadanan itu.

Bantuan kepada pegawai polis, pegawai awam, dsb.