Malaysia legislation
Section 13
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 13
Kesalahan pemerdagangan orang yang lebih berat
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan pemerdagangan orang, jika orang yang diperdagangkan itu bukan merupakan seorang kanak-kanak atau bukan seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental yang mana-mana berikut terpakai baginya:
(a)
dalam melakukan kesalahan itu, orang itu telah menyebabkan kecederaan parah kepada orang yang diperdagangkan itu atau kepada mana-mana orang lain;
(b)
dalam melakukan kesalahan itu, orang itu telah menyebabkan kematian kepada orang yang diperdagangkan itu atau kepada mana-mana orang lain;
(c)
dalam melakukan kesalahan itu, jika disebabkan oleh atau pada masa orang itu diperdagangkan, orang yang diperdagangkan itu membunuh diri;
*CATATAN—Sebelum ini “lima belas tahun”–lihat perenggan 4(c) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 [Akta A1644] m.b.p 22 Februari 2022.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 23
(d)
dalam melakukan kesalahan itu, orang itu mendedahkan orang yang diperdagangkan itu kepada penyakit yang mengancam nyawa, termasuk virus kurang daya tahan manusia (HIV) dan sindrom kurang daya tahan penyakit
(AIDS);
(e)
dalam melakukan kesalahan itu, orang itu melibatkan diri dalam aktiviti pemerdagangan orang sebagai sebahagian daripada aktiviti kumpulan jenayah terancang; atau
(f)
jika kesalahan memperdagangkan orang itu dilakukan oleh seorang pegawai awam dalam melaksanakan kewajipan awamnya, hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
Kesalahan pemerdagangan kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental