Malaysia legislation
Section 15
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 15
Mana-mana orang yang mendapatkan keuntungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga didenda tidak kurang daripada *lima ratus ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh juga dilucuthakkan keuntungan daripada kesalahan itu.
Kesalahan berhubung dengan pemerdagangan orang dalam transit 15a. Mana-mana orang yang membawa dalam transit orang yang diperdagangkan melalui Malaysia melalui darat, laut atau udara, atau selainnya mengaturkan atau memudahkan perbuatan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi **lima belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda.