Malaysia legislation
Section 17
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 17
Kelakuan seksual lampau tidak relevan
Kelakuan seksual lampau orang yang diperdagangkan adalah tidak relevan dan tidak boleh diterima bagi maksud membuktikan bahawa orang yang diperdagangkan itu terlibat dengan kelakuan seksual lain atau untuk membuktikan kecenderungan seksual orang yang diperdagangkan itu.
*CATATAN—Sebelum ini “lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit”–lihat seksyen 10 Akta Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 [Akta A1385] m.b.p 15 November 2010.
**CATATAN—Sebelum ini “tujuh tahun”–lihat seksyen 7 Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 [Akta A1644] m.b.p 22 Februari 2022.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 25
Pergerakan atau pengangkutan orang yang diperdagangkan tidak relevan 17a. Dalam suatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Bahagian ini, pihak pendakwa tidak perlu membuktikan pergerakan atau pengangkutan orang yang diperdagangkan itu tetapi bahawa orang yang diperdagangkan itu telah dieksploitasi.