Malaysia legislation
Section 20
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 20
Menyediakan kemudahan bagi membantu pemerdagangan orang
(a)
pemunya, penghuni, penerima pajak atau orang yang bertanggungjawab ke atas mana-mana premis, bilik atau tempat, dengan diketahuinya membenarkan suatu mesyuarat diadakan di premis, bilik atau tempat itu; atau
*CATATAN—Sebelum ini “sepuluh tahun”–lihat seksyen 8 Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 [Akta A1644] m.b.p 22 Februari 2022.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 670
(b)
pemunya, penerima pajak atau orang yang bertanggungjawab ke atas apa-apa kelengkapan atau kemudahan yang membolehkan perakaman, persidangan atau mesyuarat melalui teknologi, dengan diketahuinya membenarkan kelengkapan atau kemudahan itu digunakan, bagi maksud melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, dan boleh juga didenda.
Menyediakan perkhidmatan bagi maksud pemerdagangan orang