Malaysia legislation
Section 23
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 23
(2)
Mana-mana pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut yang disebut dalam subseksyen (1) yang—
(a)
dengan diketahuinya membenarkan atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu digunakan bagi maksud membawa seseorang ke dalam negara penerima atau negara transit tanpa dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit itu;
atau
(b)
dengan diketahuinya membenarkan atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu digunakan bagi maksud melakukan apa-apa kesalahan pemerdagangan orang,
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 670
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(3)
Dalam mana-mana prosiding bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah menjadi suatu pembelaan bagi pemunya, operator atau nakhoda itu untuk membuktikan bahawa—
(a)
dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dokumen perjalanan orang yang menaiki pengangkut adalah dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit;
(b)
orang yang menaiki pengangkut memiliki dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah ke negara penerima atau negara transit apabila orang itu menaiki, atau terakhir menaiki, pengangkut itu untuk perjalanan ke negara penerima atau negara transit; atau
(c)
kemasukan orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit berlaku semata-mata oleh sebab penyakit atau kecederaan pada orang itu, tekanan cuaca atau apa-apa keadaan lain yang di luar kawalan pemunya, operator atau nakhoda.
(4)
Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikehendaki membayar kos penahanan orang yang diperdagangkan di, dan pemindahan orang yang diperdagangkan dari, negara penerima atau negara transit.
(5)
Jika tiada pendakwaan atau sabitan di bawah seksyen ini, pemunya, operator atau nakhoda pengangkut yang digunakan hendaklah bertanggunggan secara bersesama dan berasingan untuk segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan berkenaan dengan penahanan dan penyenggaraan orang yang diperdagangkan dan pemindahannya dari Malaysia dan perbelanjaan sedemikan hendaklah didapatkan semula sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Peninggalan sengaja untuk memberi maklumat