Malaysia legislation
Section 26
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 26
(2)
Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang ke hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan semua catatan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadam setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 670
(3)
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini, Mahkamah, selepas siasatan penuh tentang kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui siapa pemberi maklumat itu, Mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya tentang pemberi maklumat itu.
(4)
Mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat yang disebut dalam seksyen ini, sedangkan dia tahu bahawa maklumat itu adalah palsu, melakukan suatu kesalahan.
Bahagian IIIa
PENYELUDUPAN MIGRAN
Kesalahan penyeludupan migran 26a. Mana-mana orang yang menjalankan penyeludupan migran melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi
*dua puluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.
Kesalahan penyeludupan migran yang lebih berat 26b. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan penyeludupan migran yang perkara yang berikut terpakai baginya:
(a)
dalam melakukan kesalahan itu, orang itu berniat untuk mengeksploitasi migran yang diseludup itu selepas kemasukannya ke dalam negara penerima atau negara transit sama ada oleh orang itu sendiri atau oleh seorang yang lain;
(b)
dalam melakukan kesalahan itu, orang itu memperlakukan migran yang diseludup itu dengan layanan yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah;
*CATATAN—Sebelum ini “lima belas tahun”–lihat seksyen 9 Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 [Akta A1644] m.b.p 22 Februari 2022.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 31
(c)
dalam melakukan kesalahan itu, kelakuan orang itu menimbulkan risiko kematian atau kemudaratan yang serius terhadap migran yang diseludup itu; atau
(d)
jika kesalahan penyeludupan migran itu dilakukan oleh seorang pegawai awam dalam melaksanakan kewajipan awamnya, hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan *pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
Kesalahan berhubung dengan migran yang diseludup dalam transit 26c. Mana-mana orang yang membawa dalam transit seorang migran yang diseludup menerusi Malaysia melalui darat, laut atau udara atau selainnya mengaturkan atau memudahkan perbuatan itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi
**lima belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.
Kesalahan mendapat keuntungan daripada kesalahan penyeludupan migran 26d. Mana-mana orang yang mendapat keuntungan daripada kesalahan penyeludupan migran melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu juta ringgit, atau kedua-duanya, dan boleh juga dilucuthakkan keuntungan yang daripada kesalahan itu.
*CATATAN—Sebelum ini “pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya”–lihat subseksyen 10(e) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022
[Akta A1644] m.b.p 22 Februari 2022.
**CATATAN—Sebelum ini “tujuh tahun”–lihat seksyen 11 Akta Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 [Akta A1644] m.b.p 22 Februari 2022.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 670
Dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud 26e. Mana-mana orang yang membuat, memperoleh, memberi, menjual, atau memiliki suatu dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun tetapi tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, atau kedua-duanya.
Menyediakan kemudahan bagi membantu penyeludupan migran 26f. Mana-mana orang, yang merupakan—
(a)
pemunya, penghuni, penerima pajak atau orang yang bertanggungjawab ke atas mana-mana premis, bilik atau tempat, dengan diketahuinya membenarkan suatu mesyuarat diadakan di premis, bilik atau tempat itu; atau
(b)
pemunya, penerima pajak atau orang yang bertanggungjawab ke atas apa-apa kelengkapan atau kemudahan yang membolehkan perakaman, persidangan atau mesyuarat melalui teknologi, dengan diketahuinya membenarkan kelengkapan atau kemudahan itu digunakan, bagi maksud melakukan suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.
Menyediakan perkhidmatan bagi maksud penyeludupan migran 26g. (1) Mana-mana orang yang, secara langsung atau tidak langsung, menyediakan atau mengadakan perkhidmatan atau kemudahan kewangan—
(a)
dengan niat bahawa perkhidmatan atau kemudahan itu digunakan, atau dengan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa perkhidmatan atau kemudahan itu akan digunakan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, bagi maksud
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 33
melakukan atau memudahkan pelakuan suatu perbuatan penyeludupan migran, atau bagi maksud memanfaatkan mana-mana orang yang melakukan atau memudahkan pelakuan suatu perbuatan penyeludupan migran; atau
(b)
dengan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa, secara keseluruhan atau sebahagiannya, perkhidmatan atau kemudahan itu akan digunakan oleh atau akan memanfaatkan mana-mana orang yang terlibat dalam suatu perbuatan penyeludupan migran, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), “perkhidmatan atau kemudahan kewangan” termasuklah perkhidmatan atau kemudahan yang ditawarkan oleh peguam atau akauntan yang bertindak sebagai penama atau ejen kepada klien mereka.
Menyembunyikan atau melindungi migran yang diseludup dan penyeludup migran 26h. (1) Mana-mana orang yang menyembunyikan atau melindungi, atau menghalang, menggalang atau mengganggu penangkapan mana-mana orang dengan mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu ialah—
(a)
migran yang diseludup; atau
(b)
orang yang telah melakukan atau sedang merancang atau berkemungkinan untuk melakukan suatu perbuatan penyeludupan migran, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.
(2)
Dalam seksyen ini, “melindungi” termasuklah memberikan seseorang tempat perlindungan, makanan, minuman, wang atau pakaian, senjata, amunisi atau pengangkut, atau membantu seseorang dengan apa-apa cara untuk mengelakkan daripada ditangkap.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 670
Menyokong kesalahan penyeludupan migran 26i. (1) Mana-mana orang yang memberikan sokongan material atau sumber kepada seorang yang lain dan sokongan dan sumber itu membantu penerima itu atau mana-mana orang lain untuk terlibat dalam kelakuan yang merupakan kesalahan penyeludupan migran melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) walaupun jika kesalahan penyeludupan migran tidak dilakukan.
Kesalahan mengangkut migran yang diseludup 26j. Mana-mana orang yang merupakan pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut yang terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, dan boleh juga dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.
Obligasi pemunya, dsb., pengangkut 26k. (1) Mana-mana orang yang merupakan pemunya, operator atau nakhoda mana-mana pengangkut yang terlibat dalam pengangkutan barang atau orang bagi keuntungan komersil hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap orang yang menaiki pengangkutan itu memiliki dokumen perjalanan bagi kemasukan sah orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit dan jika tidak, hendaklah menolak untuk mengangkut orang itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 35
(3)
Dalam mana-mana prosiding untuk suatu kesalahan di bawah seksyen ini, hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi pemunya, operator atau nakhoda itu untuk membuktikan bahawa—
(a)
dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dokumen perjalanan orang yang disebut dalam subseksyen (1) merupakan dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit itu;
(b)
orang yang disebut dalam subseksyen (1) memiliki dokumen perjalanan yang dikehendaki bagi kemasukan sah ke dalam negara penerima atau negara transit itu semasa orang itu menaiki, atau pada kali terakhir menaiki, pengangkut itu untuk perjalanan ke negara penerima atau negara transit itu; atau
(c)
kemasukan orang yang disebut dalam subseksyen (1)
ke dalam negara penerima atau negara transit itu berlaku hanya kerana orang itu sakit atau mengalami kecederaan, tekanan cuaca atau apa-apa hal keadaan lain yang berada di luar kawalan pemunya, operator atau nakhoda itu.
(4)
Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikehendaki membayar kos penahanan orang yang diseludup di dalam, dan pemindahan dari, negara penerima atau negara transit itu.
(5)
Jika tiada pendakwaan atau sabitan di bawah seksyen ini, pemunya, operator atau nakhoda pengangkut yang digunakan hendaklah bertanggunggan secara bersesama dan berasingan untuk segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan berkenaan dengan penahanan dan penyenggaraan migran yang diseludup itu dan pemindahannya dari Malaysia dan perbelanjaan itu hendaklah didapatkan semula sebagai hutang yang kena dibayar kepada
Kerajaan.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 670